PERMOHONAN KEBENARAN PIHAK BERKUASA NEGERI UNTUK MEMINDAHMILIK/ MENCAGAR/ MEMAJAK TANAH-TANAH YANG MEMPUNYAI SEKATAN KEPENTINGAN
Maklumat Am
Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri adalah diperlukan bagi tanah-tanah yang mempunyai SEKATAN KEPENTINGAN.
a. Prosedur
- Semua permohonan untuk mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah dibuat melalui Pejabat Tanah Dan Galian Pulau Pinang.
- Permohonan hendaklah dibuat oleh pemilik tanah sendiri ataupun melalui Pihak Guaman yang dilantik oleh kedua-dua pihak (Penjual dan Pembeli).
- Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.
b. Dokumen
- Mengisi borang PMC 1 yang ditandatangani oleh pihak penjual dan pembeli (Kategori kegunaan tanah - Bangunan kediaman perniagaan/tanah pertanian).
- Mengisi Borang PMC 2 - yang ditandatangani oleh Pihak Penjual/Pembeli (Kategori kegunaan tanah - Perindustrian).
- Mengisi Borang KP 5 - 1E (Pajakan tanah) yang ditandatangani oleh pemilik tanah berkenaan dan pihak pemajak.
- Satu salinan dokumen hakmilik tanah.
- Satu salinan Memorandum Of Article sekiranya permohonan dibuat oleh syarikat.
- Surat Kuasa Wakil (P.A) yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah.
- Salinan Geran mengenai probet serta will.
- Satu salinan surat perjanjian jual beli.
- Satu salinan Borang ‘T’ sebagai permohonan dibuat melalui Pentadbir Harta Pesaka.
- Surat tawaran bank bagi permohonan untuk mencagar tanah.
- Satu salinan kad pengenalan penjual/pembeli sekiranya permohonan pindahmilik melibatkan pertalian persaudaraan.
- Satu salinan kad pengenalan pemohon (Penjual dan pembeli sekiranya diperlukan).
- Surat penjamin jual beli diantara tuan tanah dengan pembeli pertama sekiranya hakmilik tanah belum didaftarkan ke atas nama pemohon (Prinsipal Aggrement).
- Satu salinan Resolusi Syarikat.
- Semua permohonan hendaklah diisikan dalam 2 salinan.
C. Bayaran Yang dikenakan
1. Tanah Kategori Kediaman
a) 0.1% daripada harga jualan berdasarkan
ringgit yang hampir dan minimum - RM100.00
b) 0.1% daripada harga cagaran berdasarkan
ringgit yang hampir dan minimum - RM200.00
c)Permohonan untuk pajakan - RM200.00
2. Tanah Kategori Perniagaan
a) 0.1% daripada harga jualan berdasarkan
ringgit yang hampir dan minimum - RM200.00
b) 0.1% daripada harga cagaran berdasarkan
ringgit yang hampir dan minimum - RM200.00
c)Permohonan untuk pajakan - RM200.00
3. Tanah Kategori Perindustrian
a) 0.1% daripada harga jualan berdasarkan
ringgit yang hampir dan minimum - RM300.00
b) 0.1% daripada harga cagaran berdasarkan
ringgit yang hampir dan minimum - RM300.00
c)Permohonan untuk pajakan - RM300.00
4. Tanah Kategori Pertanian
a) 0.1% daripada harga jualan berdasarkan
ringgit yang hampir dan minimum - RM100.00
b) 0.1% daripada harga cagaran berdasarkan
ringgit yang hampir dan minimum - RM100.00
c)Permohonan untuk pajakan - RM100.00
(Bayaran mengikut Penang Land Rules 1965) Pindaan 2005).
D. Kuasa Yang Meluluskan
- Pengarah Tanah dan Galian, Pulau Pinang.
- Jawatankuasa Tanah Negeri
- Majlis Mesyuarat Kerajaan
Untuk tujuan mencagar
Tanah Perindustrian - RM20 juta ke atas
Tanah Kediaman - RM2 juta ke atas
Tanah Perniagaan - RM4 juta ke atas
Tanah Pertanian - RM500 ribu ke atas
(Mengikut Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 12.9.2001 Kertas Bil. 709/2001).