GARIS PANDUAN PEROLEHAN HARTANAH OLEH WARGANEGARA / SYARIKAT ASING BAGI NEGERI PULAU PINANG
Perolehan hartanah berkenaan dapat dijelaskan seperti berikut:-
(a) Seksyen 433B Kanun Tanah Negara memperuntukkan bahawa warganegara / syarikat asing boleh memperolehi hartanah hanya dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
(b) Perolehan hartanah oleh warganegara asing boleh berlaku dengan cara pembelian dengan menandatangani surat perjanjian jualbeli, melalui warisan harta pesaka anggota keluarga yang meninggal dunia atau melalui pemberian atas dasar kasih sayang dari anggota keluarga.
(c) Perolehan hartanah oleh syarikat asing boleh berlaku dengan cara pembelian dengan menandatangani surat perjanjian jual beli.
1. HARGA KAWALAN BAGI HARTANAH DI NEGERI PULAU PINANG MULAI 1 JULAI 2012
a) Mulai 1 Julai 2012, harga kawalan minima bagi hartanah di Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:
i) Hartanah berstrata – RM 1 juta bagi kawasan Pulau dan Seberang Perai.
ii) Hartanah ‘landed’ – RM2 juta bagi kawasan Pulau dan RM1 juta bagi kawasan
Seberang Perai (termasuk landed strata)
Harga minima ini adalah tertakluk kepada TARIKH SETEM DIMETERAI iaitu mulai 1 Julai 2012.
Bagi (a) (i) dan (ii) ini tidak ada had bilangan pembelian.
b) Perolehan unit kediaman di bawah program ‘Malaysia My Second Home (MM2H)’ kekal
di paras harga kawalan minima RM500,000.00, tetapi terhad kepada pembelian dua (2)
unit sahaja.
c) Perolehan hartanah oleh warga negara asing yang bertaraf penduduk tetap (PR)
kekal di paras harga kawalan RM250,000.00.
d) Kawalan harga minima ini tidak terpakai kepada pindahmilik daripada wasi (executor)
kepada waris di bawah transmission harta pesaka atau yang melibatkan
perintah mahkamah.
2.TANAH YANG BERKATEGORI / SYARAT PERTANIAN
(i) SEKATAN
Warganegara / Syarikat Asing tidak dibenarkan:
(a) Memiliki tanah pertanian kecuali jika kelonggaran diberi seperti di perenggan (ii) di bawah;
(b) Mengambil bahagian di dalam lelongan tanah pertanian di bawah Seksyen 256 dan 260
Kanun Tanah Negara
(ii) KELONGGARAN
Permohonan untuk memiliki tanah pertanian oleh Warganegara Asing berkeluasan
sekurang-kurangnya lima (5) ekar boleh dipertimbangkan sekiranya:
(a) Menjalankan aktiviti pertanian secara komersial menggunakan teknologi tinggi atau moden.
(b) Menjalankan aktiviti pertanian bagi menghasilkan produk untuk diekspot.
(c) Untuk pembangunan pertanian berbentuk teknologi tinggi yang disahkan oleh
badan-badan seperti PORLA, PORIM, MARDI dan sebagainya.
(d) Sebagai kawasan tambahan kepada tanah industri yang telah diluluskan.
(e) Sebagai kawasan uantuk pengeluaran bahan mentah yang menyokong
industri yang telah mendapat kelulusan.
(f) Untuk menempatkan semula industri yang tidak lagi sesuai di lokasi sekarang.
(g) Untuk dibangunkan sebagai kawasan agro pelancongan, marina, padang golf,
‘holiday homes’ dan sebagainya.
(h) Tanah pertanian yang terletak di dalam kawasan bandar yang mengikut
Pelan Tampatan dizonkan untuk kegunaan selain dari pertanian.
(I) Pihak Berkuasa Negeri menganggapkan projek tersebut perlu dilaksanakan.
(iii) SYARAT-SYARAT SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
(a) Syarikat tersebut hendaklah dimiliki sekurang-kurangnya 30% oleh warganegara Malaysia.
(b) Terbukti manfaat telah disalurkan melalui projek bersepadu atau proses hiliran.
(c) Ada permintaan pasaran ke atas produk yang dikeluarkan.
(d) Menggunakan tenaga pekerja yang terdiri dari warganegara Malaysia.
(e) Sekiranya untuk tujuan 1(ii) (d) – (f), syarat tambahan ialah:-
(i) Industri yang sedang berjalan mematuhi semua yang telah
dikenakan oleh Kerajaan;
(ii) Terbukti telah terlaksana pemindahan teknologi dan
kemahiran kepada penduduk tempatan;
(iii) Tidak berlaku pencemaran alam sekitar;
(iv) Sesuai dari segi perancangan.
(f) Syarat tambahan dikenakan kepada mereka yang hendak membangunkan
projek pelancongan,iaitu hendaklah terbukti berpengalaman dalam bidang
tersebut di tempat lain.
(g) Lain-lain syarat boleh ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa.
(iv) SYARAT SETELAH MENDAPAT KELULUSAN
Bagi tujuan yang tersebut di jumlah kata 1(ii) (d) – (h) pemilik hendaklah mengemukakan permohonan ubah syarat tanah dari pertanian kepada kegunaan lain dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh kelulusan pindah milik. Selepas tarikh tersebut, kelulusan akan terbatal. Untuk projek pelancongan yang disebut di jumlah kata 1(ii) (g), syarat-syarat tambahan ialah:-
(v) TATACARA
Permohonan hendaklah disertakan dengan:
(a) Pelan konsep projek
(b) Penyatakan milik saham
(c)Laporan kemungkinan projek, pekerjaan yang akan diwujudkan, punca
pembekalan pekerjaan, pengalaman mereka yang terlibat dengan projek
dan jadual pelaksanaan projek.
3.TANAH YANG BERKATEGORI / SYARAT BANGUNAN
(i) SEKATAN
Warganegara Asing tidak boleh membeli tanah bangunan kediaman
yang dinyatakan di bawah ini:
(a) Rumah teres kos rendah dan kos sederhana
(b) Rumah pangsa kos rendah dan kos sederhana
(c) Rumah kuota Bumiputera
(d) Rumah kediaman atas tanah rizab Melayu
(e) Tanah yang dikeluarkan Perintah Jual di bawah Seksyen 256
dan 260 Kanun Tanah Negara.
(ii) KELONGGARAN
Mulai 3.7.2002 Warganegara / Syarikat Asing dibenarkan memperolehi
semua jenis unit kediaman yang terdiri daripada bangunan lama atau projek baru.
(iii) SYARAT-SYARAT SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
(a) Harga pembelian akan dikaji dari semasa ke semasa.
(b) Lain-lain syarat boleh ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa.
(c) Warganegara Asing / Syarikat Asing hanya cuma dibenarkan menjual semua harta yang
dibelinya selepas 3 tahun dari tarikh surat Perjanjian Jualbeli.
4. TANAH BANGUNAN UNTUK KEGUNAAN PERNIAGAAN
(i) SEKATAN
Warganegara Asing tidak boleh memiliki tanah bangunan perniagaan jenis
yang dinyatakan di bawah ini:
(a) Kedai kos rendah
(b) Gerai
(c) Bengkel perkhidmatan
(d) Tanah yang dikeluarkan Perintah Jual di bawah Seksyen 256 dan 260 Kanun Tanah Negara.
(ii) KELONGGARAN
Mulai 3.7.2002 Warganegara / Syarikat Asing dibenarkan memperolehi semua jenis unit kediaman
yang terdiri daripada bangunan lama atau projek baru.
Warganegara / Syarikat Asing juga boleh memiliki tanah jenis bangunan untuk perniagaan yang
dinyatakan di bawah ini:-
(a) Tanah untuk hospital swasta tertakluk kepada kebenaran membuka
hospital dari Kementerian Kesihatan.
(b) Tanah untuk sekolah swasta tertakluk kepada kelulusan Kementerian Pendidikan.
(c) Tanah untuk bangunan hotel.
(iii) SYARAT DAN TATACARA
(a) Sama seperti untuk rumah kediaman.
(b) Warganegara Asing / Syarikat Asing hanya cuma dibenarkan menjual semua
harta yang dibelinya selepas 3 tahun dari tarikh surat Perjanjian Jual-beli.
5. TANAH YANG BERKATEGORI / SYARAT PERINDUSTRIAN
(i) SYARAT-SYARAT SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
(a) Lain-lain syarat boleh ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa.
(b) Warganegara Asing / Syarikat Asing hanya cuma dibenarkan menjual
semua harta yang dibelinya selepas 3 tahun dari tarikh surat Perjanjian Jualbeli.
6.BAYARAN PROSES
Bayaran proses bagi permohonan untuk memindah milik tanah oleh warganegara / syarikat asing yang berkuatkuasa mulai 01 Mac 2013 adalah seperti berikut dan bayaran hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang:-
Perkara
|
Individu
(Warganegara Asing)
|
Individu
(Penduduk Tetap)
|
Syarikat
|
|
RM
Per Lot / Unit
|
RM
Per Lot / Unit
|
RM
Per Lot / Unit
|
a)Bangunan Kediaman
|
10,000.00
|
2,000.00
|
20,000.00
|
b)Bangunan Perniagaan
|
20,000.00
|
4,000.00
|
40,000.00
|
c)Pertanian
|
20,000.00
|
4,000.00
|
40,000.00
|
7. PENGECUALIAN
6.1 Semua urusan jual-beli hartanah yang dibuat secara surat perjanjian serah hak pada atau sebelum 31 Disember, 1992 dan disetemkan dengan sempurna mengikut Akta Setem 1949 tidak tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di atas, tetapi pembeli perlu membuat permohonan dengan melampirkan surat perjanjian / serah hak tersebut sebagai bukti kelulusan akan diberikan.
6.2 Bagi pemegang kad pengenalan merah yang mempunyai taraf penduduk tetap (PR) adalah dijangka mereka akan menghadapi masalah untuk memiliki rumah jika garis panduan seperti di atas dikenakan. Oleh itu, adalah dicadangkan supaya permohonan mereka diberi pertimbangan mengikut merit tiap-tiap kes.
8.RAYUAN
Sekiranya permohonan ditolak, rayuan boleh dikemukakan kepada
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian untuk pertimbangan semula.
9.BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan WNA 1 atau WNA 2 boleh diperolehi dengan percuma dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang.
Borang WNA 1 – Permohonan Daripada Warganegara Asing
Borang WNA 2 – Permohonan Daripada Syarikat Asing
10.DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Permohonan hendaklah disertakan dokumen-dokumen berikut:-
a) Satu salinan Borang Permohonan Perolehan Hartanah oleh Warganegara/ Syarikat Asing
b) *Satu (1) salinan fotostat Passport
c) *Satu (1) salinan fotostat Suratan Hakmilik.
d) *Satu (1) salinan resit cukai tanah semasa.
e) *Satu (1) salinan Surat Perjanjian Jualbeli tanah yang berkenaan
f) *Satu (1) salinan surat kelulusan dari Kementerian Pelancongan/Imigresen bagi permohonan melalui program Malaysia My Second Home
g) *Sekiranya tanah pemberian dari suami atau isteri, sertakan salinan surat nikah atau Sijil Pendaftaran Perkahwinan.
h) *Sekiranya tanah pemberian dari ibu atau bapa, sertakan salinan surat beranak penerima.
i) Surat kebenaran dari pihak yang mempunyai kepentingan seperti pemegang gadaian.
j) Sekiranya transaksi melibatkan syarikat atau pertubuhan sebagai pembeli, sertakan Memorandum And Articles Of Association, Resolusi Lembaga Pengarah dan maklumat mengenai pemilikan saham syarikat
k) Kertas kerja konsep projek sekiranya tanah akan dibangunkan untuk pembangunan pertanian berbentuk teknologi tinggi, kawasan pelancongan, marina, padang golf, ‘holiday homes’ dan sebagainya.
* Salinan diakui sah