Gallery Activities

  • MAJLIS PENYERAHAN DAN PERASMIAN PROJEK PEMBINAAN GELANGGANG FUTSAL TAMAN MERAK, BUKIT TAMBUN

    Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Pembinaan Gelanggang Futsal, Taman Merak, Bukit Tambun kepada MPKK Taman Merak telah diadakan pada 8 Mac 2021 bertempat di Gelanggang Futsal, Taman Merak. Majlis tersebut dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Soon Lip Chi selaku Pengerusi Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan, ADUN Bukit Tambun Yang Berhormat Tuan Goh Choon Aik , Pegawai Daerah SPS Puan Marlia binti Mohd Belia, pegawai-pegawai dari PDTSPS, pegawai-pegawai dari Pejabat KADUN Bukit Tambun, ahli jawatankuasa MPKK Taman Merak dan pihak media.

    Pembinaan Gelanggang Futsal Taman Merak ini merupakan inisiatif YB ADUN Bukit Tambun sebagai sebahagian daripada program ‘1 KADUN, 1 Gelanggang Futsal’ di bawah MMK Belia dan Sukan. Projek telah mula dilaksanakan pada 28 Ogos 2020 dan disiapkan sepenuhnya pada 30 November 2020.

    Pada majlis tersebut Pegawai Daerah SPS telah menyampaikan surat perjanjian pengurusan dan kunci gelanggang futsal kepada Pengerusi MPKK Taman Merak dan disaksikan oleh YB MMK Belia dan Sukan serta YB ADUN Bukit Tambun.
    Picture4 Picture1
     Picture3  Picture2