Pecah Sempadan

1. Definisi

Pecah sempadan tanah bermaksud bahawa tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap (samada hakmilik Pejabat Pendaftar atau hakmilik Pejabat Tanah ) di pecah sempadankan kepada dua atau lebih bahagian supaya tiap-tiap satunya dipegang di bawah hakmilik-hakmilik yang berasingan oleh tuan punya yang sama atau tuan punya bersama yang sama. (Sek. 135(1))

  

2. Peruntukan Undang-Undang

2.1 Seksyen 135(1)(2)

Jika tiada apa-apa arahan bertentangan, kuasa untuk meluluskan pecah sempadan ialah Pengarah Tanah dan Galian bagi tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar dan Pentadbir Tanah bagi tanah yang diepagang di bawah hakmilik pejabat tanah.

 

2.2 Syarat-syarat ( Sek. 136 (1) )

Pecah sempadan tanah hanya boleh diluluskan jika memenuhi syarat-syarat berikut :

           a) tidak bertentangan dengan sekatan kepentingan di mana tanah itu tertakluk.
           b) Tiada bertentangan dengan undang-undang lain yang pada waktu itu

              berkuasa.
           c) Mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Perancang.
           d) Mendapat persetujuan daripada badan / pihak berkuasa tertentu.
           e) Tiada hasil terhutang.
           f) Persetujuan daripada orang / badan yang mempunyai kepentingan tertentu ke

                atas tanah itu.
           g) Memenuhi keperluan keluasan minima bahagian yang hendak dipecah

              sempadan.
           h) Bentuk bahagian yang hendak dipecahkan itu hendaklah bersesuaian dengan

              tujuan ianya dipecahkan.
            i) Memberi keperluan jalan keluar masuk untuk bahagian yang dipecah

              sempadan itu.

  

2.3 Bayaran ( Sek. 138 (4)(a)(b) )

Bayaran-bayaran yang perlu dijelaskan apabila pemohonan diluluskan ialah :-

           a) Bayaran upah ukur

           b) Bayaran bagi menyediakan dan mendaftar hakmilik-hakmilik.

 
2.4 Pengeluaran Hakmilik ( Sek. 139 )

           a) Apabila pemohonan pecah sempadan telah diluluskan dan pihak pemohon telah memohon untuk dikeluarkan hakmilik sementara sebagai hakmilik sambungan

           b) Maka Pentadbir hendaklah mengeluark`an hakmilik sambungan sementara mengikut peruntukan dibawah seksyen 183, 186 dan 188 KTN 1965.

           c) Jika pemohon tidak memohon supaya dikeluarkan hakmilik sambungan sementara, maka Pentadbir Tanah hendaklah mengeluarkan hakmilik sambungan tetap apabila proses pengukuran telah diselesaikan.

3.         JENIS-JENIS PECAH SEMPADAN TANAH

            i.          Geran
            ii.         Geran Mukim            
            iii.        Geran First Grade
            iv.        Geran Mukim First Grade

4.         CARA MEMOHON

4.1 Permohonan hendaklah dibuat di Pejabat Daerah dan Tanah yang berkenaan dengan menggunakan Borang 9A, (6 salinan) dan disertakan dengan perkara-perkara berikut :-

a. Bayaran proses permohonan
( Seksyen 137 (1)(a) KTN mengikut Penang Land Rules kadarnya ialah RM 50.00 bagi setiap plot baru yang wujud dengan bayaran minima RM 200.00 )

b. 12 salinan pelan pecah sempadan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan ( MPPP/MPSP ), bersama dengan pelan hitungan (pre-compulation plan) dan 5 salinan pelan saiz A4.

c. Salinan surat kelulusan pelan daipada Pihak Berkuasa Tempatan (jika perlu).

d. Salinan surat persetujuan daipada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah.

e. Salinan dokumen-dokumen Memorandum of Articles of Association (jika berkaitan)

f. Salinan dokumen Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) jika berkaitan.

g. Salinan bil cukai tanah yang terkini dijelaskan.

h. Surat perlantikan daripada Jurukur Berlesen.

i. Borang 12B – jika perlu

j. Salinan Dokumen hakmilik Daftar.

 

4.2Jika diluluskan pemohon dikehendaki menjelaskan bayaran seperti berikut:

a. Bayaran pendaftaran Hakmilik Tetap – RM 100.00 bagi satu lot baru

b. Bayaran pendaftaran Hakmilik Sementara – RM 100.00 bagi satu lot baru

c.Bayaran pelan – RM 10.00 bagi satu lot baru (bagi geran) RM 5.00 bagi satu lot baru (bagi geran mukim)

  • Resit bayaran akan dikeluarkan serta merta bagi permohonan yang lengkap sebagai akuan penerimaan permohonan.

Perizaban Tanah

1. Definisi

“Tanah Rizab” mengikut Sek. 5  Kanun Tanah Negara bermaksud tanah yang buat masa itu dirizabkan untuk tujuan awam selaras dengan peruntukan-peruntukan Sek. 62 atau mana-mana undang-undang  tanah terdahulu.

2. Peruntukan Undang-Undang

2.1 Peruntukan undang-undang di bawah Sek. 62, Sek. 63 dan Sek. 64 Kanun Tanah Negara.

           i)         Perizapan tanah bagi maksud awam - Sek. 62 Kanun Tanah Negara.

          ii)         Pajakan tanah rezab - Sek.a) 63 Kanun Tanah Negara.

         iii)        Pembatalan perizapan - Sek. 64 Kanun Tanah Negara.

2.2       Rezab jalan merupakan tanah kerajaan yang diperuntukan untuk jalan atau laluan dan ianya TIDAK DIWARTAKAN sebagai tanah rezab.

2.3       Rezab sungai merupakan tanah kerajaan dan ianya juga TIDAK DIWARTAKAN sebagai tanah rezab.

 

Permit

 

                                                 1. Definisi

a)         Permit untuk mengeluar, mengambil dan mengangkut bahan batuan.

Pemberian permit untuk mengeluar, mengambil dan mengangkut bahan batuan dalam Borang 4C adalah satu daripada pelbagai cara Pihak Berkuasa Negeri melupuskan tanah seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 42(1) KTN.

Syarat-syarat ini tidak terpakai kepada tanah yang tertakluk kepada Jadual Ketiga Akta KTN (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka), 1963 (Akta 518). 

b)         Permit Ruang Udara.

KTN (Seksyen 75A) memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk meluluskan pengeluaran permit bagi maksud membina, menyenggara dan menempatkan apa-apa binaan seperti yang berikut:-        

i.          di atas tanah Kerajaan atau tanah rizab, atau

ii.         melintasi atas tanah Kerajaan atau tanah rizab sebagai sambungan kepada mana-mana binaan atas tanah bersebelahan

 

                                 2. Peruntukan Undang-Undang

                                 2.1       Seksyen 42(1) (d) dan (e), KTN
                                                     Kuasa pelupusan

(2.1.1)       Tertakluk kepada seksyen kecil (2) Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mempunyai kuasa di bawah Akta ini -

a.         untuk membenarkan mengeluarkan dan mengambil dari mana-mana tanah, selain dari hutan simpanan, menurut peruntukan-peruntukan Bab 3 Bahagian Empat;

b.         memberi permit bagi penggunaan ruang udara atas tanah Kerajaan atau tanah rizab mengikut peruntukan Bab 4 Bahagian Empat dengan syarat bahawa ruang udara tersebut hendaklah dalam lingkungan rangkai apa-apa jenis yang dibina di atasnya.

 

                                                  2.2 Seksyen 32, KTN

    Orang-orang dan badan-badan yang boleh dilupuskan tanah kepadanya.

            Tertakluk kepada peruntukan Bahagian Tiga Puluh Tiga (A), Kuasa pelupusan yang diberi kepada Pihak Berkuasa Negeri oleh Seksyen 42 bolehlah dijalankan hanya untuk faedah, dan permohonan untuk menjalankan kuasa itu bolehlah diterima hanya daripada orang-orang atau badan-badan berikut:-

a.         manusia selain daripada remaja;

b.         perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan mereka untuk memegang tanah;

c.         raja-raja pemerintah, kerajaan organisasi dan lain-lain orang yang diberikuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular, 1957

d.         badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain :

Dengan syarat bahawa tidak perlu bagi sesebuah perbadanan mempunyai kuasa memegang tanah untuk membolehkannya memohon, dan dikeluarkan kepadanya, sesuatu permit untuk mengeluarkan dan mengambil bahan-bahan batuan.

 

                                          2.3       Seksyen 70, KTN

     Kuasa untuk membenarkan pengeluaran dan pengambilan bahan batuan.

Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, menurut peruntukan-peruntukan Bab ini dan mana-mana kaedah di bawah Seksyen 14, membenarkan pengeluaran, pengambilan dan pengangkutan apa-apa bahan batuan (selain daripada untuk maksud mendapatkan logam atau galian darinya) dari –

  1. tanah kerajaan;
  2. tanah berimilik;
  3. tanah lombong,
  4. tanah rizab

 

                                            2.4      Seksyen 71, KTN
                                              Pengeluaran Permit

            Permit-permit untuk mengeluarkan, mengambil dan mengangkut bahan batuan bolehlah, tertakluk kepada apa-apa arahan sebaliknya oleh Pihak Berkuasa Negeri dan kepada peruntukan mana-mana kaedah di bawah Seksyen 14, dikeluarkan bagi Pihak Berkuasa Negeri -

a.         dalam hal tanah Kerajaan, oleh Pentadbir Tanah

b.         dalam hal tanah berimilik, oleh Pentadbir Tanah kepada -

i)    tuanpunya tanah itu, atau      
ii)   dengan keizinan tuanpunya, sesiapa atau mana-mana badan lain;    

c.         dalam hal tanah lombong, oleh Pentadbir Tanah yang bertindak dengan kelulusan Merinyu Kanan Galian atau mana-mana pegawai lain yang pada masa itu ditugaskan dengan pentadbiran di dalam Negeri itu mengenai mana-mana undang-undang bertulis yang berkaitan dengan perlombongan, kepada -

i)        orang atau badan yang pada masa itu berhak mendapat kepentingan dari pajakan atau sijil perlombongan dalam persoalan, atau
ii)       dengan keizinan tuanpunya, sesiapa atau mana-mana badan lain;

d.         dalam hal tanah rizab -

i)        oleh Pentadbir Tanah yang bertindak dengan kelulusan pegawai yang pada masa itu mempunyai kawalan ke atasnya; atau
ii)       oleh pegawai  itu, bila dan setakat mana yang ianya diwibawakan selaku pegawai itu oleh Pihak Berkuasa Negeri.

 

                                           2.5       Sek.72, KTN

                       Jangkamasa, syarat-syarat, dll. dan bentuk permit

a.         Kecuali setakat mana yang ditetapkan sebaliknya, tiap-tiap permit untuk mengeluarkan, mengambil dan mengangkut bahan batuan hendaklah dikeluarkan untuk satu tempoh yang tamat tidak lewat daripada penghujung tanah kalendar yang ianya bermula, dan hendaklah terhenti manakala tamatnya tempoh itu walaupun jumlah banyaknya bahan batuan yang ditentukan di dalamnya belum lagi habis dikeluarkan, diambil dan diangkat pada masa itu.

b.         Tiap-tiap permit untuk mengeluarkan, mengambil dan mengangkut bahan batuan hendaklah mempunyai kedan tertakluk kepada apa-apa peruntukan seperti yang terkandung di dalamnya dan, setakat mana yang tidak bercanggah denganya, kepada apa-apa peruntukan lain yang mungkin ditetapkan.

c.         Tiap-tiap permit untuk mengeluarkan dan mengambil bahan batuan hendaklah di buat di atas Borang 4C.

 

                                                2.6     Sek.73, KTN
        Permit-permit tidak boleh dipindahmilik atau dialihak atas kematian.

Kecuali setakat mana yang ditetapkan sebaliknya, suatu permit untuk mengeluarkan, mengambil dan mengangkut bahan batuan tidak boleh diserahak; dan tiap-tiap permit sedemikian itu akan, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 416, terhenti atas kematian orang itu, atau pembubaran bahan itu, yang pada masa itu berhak mendapat kepentingan darinya.


                                                2.7     Sek.74, KTN

                                           Deposit mengenai permit.

Pihak Berkuasa boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan supaya, kecuali dalam apa-apa keadaan seperti mana yang ditentukan dalam arahan itu, Pentadbir Tanah atau pegawai lain yang mengeluarkan mana-mana permit untuk mengeluarkan, mengambil dan mengangkut  bahan batuan itu hendaklah menghendaki orang atau badan yang kepadanya permit itu dikeluarkan untuk mendepositkan kepadanya apa-apa jumlah wang yang difikirkannya munasabah sebagai jaminan untuk -

a.         pelaksanaan dan pematuhan dengan sempurna peruntukan-peruntukan yang kepadanya permit itu tertakluk, dan

b.         pemulihan tanah yang kepadanya permit itu adalah berkaitan apabila terhentinya permit itu.


                                             2.8     Sek.75, KTN

                    Kesan permit atas syarat-syarat yang melibatkan tanah.

Pelaksanaan apa-apa yang diwibawakan oleh mana-mana permit untuk mengeluarkan, mengambil dan mengangkut bahan batuan yang pada masa itu berkuatkuasa tidaklah boleh dianggap merupakan pelanggaran mana-mana syarat mengenai tanah, yang kepadanya permit itu berkaitan, yang pada masa itu ianya tertakluk, sama ada oleh sebab Akta ini, mana-mana undang-undang bertulis yang berkaitan dengan perlombongan, atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

 

                                        2.9      Seksyen 75A, KTN 
Kuasa beri permit bagi penggunaan ruang udara atas Tanah Kerajaan dan Tanah Rizab

Pihak Berkuasa Negeri boleh mengikut peruntukan Bab ini dan mana-mana kaedah di bawah Seksyen 14 meluluskan pengeluaran permit bagi tempoh tidak melebihi dua puluh satu tahun bagi maksud mendiri, menyenggara dan menduduki suatu binaan atas tanah kerajaan atau tanah rizab, atau atas tanah Kerajaan atau tanah rizab sebagai tambahan kepada mana-mana binaan atas tanah bersempadan;

Dengan syarat bahawa dalam kes yang melibatkan tanah rizab, keizinan pegawai yang pada masa itu mempunyai kawalan di atasnya diperolehi terlebih dahulu.

 

                                              2.10   Sek. 75B, KTN

                                        Permohonan untuk permit.

(2.10.1)       Sesuatu permohonan untuk permit di bawah Seksyen 75A  hendaklah dibuat dalam borang yang akan ditetapkan, dan hendaklah dialamatkan kepada Pentadbir Tanah dan disertai dengan -

a.         apa-apa fee sebagaimana yang ditetapkan;

b.         butir-butir binaan yang akan didirikan dan diselenggarakan, dan suatu pelan mengenainya sebagaimana yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan; dan

c.         dalam hal suatu permohonan yang melibatkan penggunaan ruang udara bagi maksud mendirikan suatu binaan atas tanah rizab, suatu surat keizinan dari pegawai yang pada masa itu mempunyai kawalan atas tanah itu.

(2.10.2)       Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika berpuas hati bahawa adalah perlu dalam keadaan kes untuk membenarkan ruang udara untuk digunakan bagi maksud sebagimana yang dinyatakan dalam permohonan, memberi kelulusannya.

 

                                              2.11    Sek.75C, KTN
                               Pengeluaran permit apabila diluluskan.

Apabila permohonan diluluskan, Pentadbir Tanah akan mengeluarkan bagi Pihak Kerajaan Negeri, suatu permit dalam Borang 4D.

 

                                                2.12    Sek.75D, KTN         
                                            Syarat-syarat, dll. permit.

Tiap-tiap permit di bawah Seksyen 75A akan dikeluarkan tertakluk seperti berikut:-

a.         bayaran tahunan yang akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri; dan

b.         apa-apa syarat yang akan dinyatakan.

 

                                               2.13    Sek. 75E, KTN
Permit tidak boleh diserahak kecuali dengan keizinan Pihak Berkuasa Negeri.

Suatu permit di bawah Bab ini tidak boleh diserahak kecuali dengan keizinan Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu.

 

                                                 2.14    Sek. 75F, KTN
                                Deposit atau sekuriti mengenai permit.

Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika difikirkannya patut, mengarah bahawa Pentadbir Tanah yang olehnya permit itu akan dikeluarkan, boleh sebelum mengeluarkan permit, memerlukan orang atau badan kepadanya permit itu akan dikeluarkan, untuk mendeposit apa-apa jumlah atau memberi apa-apa sekuriti yang akan difikirkannya munasabah untuk pelaksanaan dan menurut dengan sempurna peruntukan-peruntukan kepadanya permit itu tertakluk.

 

                                              2.15   Sek.75G, KTN

                                      Kuasa untuk membatalkan permit.

a.         Suatu permit yang dikeluarkan di bawah Bab ini boleh dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Negeri apabila sahaja, atau pada bila-bila masa kemudian berlakunya pelanggaran mana-mana kaedah, syarat kepadanya permit itu tertakluk tanpa bayaran apa-apa pampasan, dan kerana itu apa-apa deposit atau sekuriti yang diberi di bawah Seksyen 75F berhubungan dengan pengeluaran permit tersebut akan dirampas menjadi hak Pihak Berkuasa Negeri.

b.         Suatu permit yang dikeluarkan di bawah Bab ini boleh dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut budi bicaranya pada bila-bila masa sebelum habis tempoh permit walaupun permit itu belum boleh dibatalkan di bawah seksyen kecil (1).

c.         Jika suatu permit itu dibatalkan di bawah seksyen kecil (2), bayaran akan dibuat kepada orang atau badan kepadanya permit itu telah dikeluarkan apa-apa pampasan yang akan dipersetujui atau di bawah seksyen 434.

 

                                       3.         CARA MEMOHON

3.1     Permohonan hendaklah menggunakan Borang permohonan yang ditetapkan dalam Kaedah-Kaedah Tanah Negeri (Schedule I Form 5 (Rule 17)) yang mengandungi perkara-perkara berikut :

a) Keterangan tentang tanah dari mana bahan batuan akan diambil (yang menunjukkan tanah tersebut hendaklah disertakan);

b). Bahan batuan yang hendak dikeluarkan berserta kuantiti dan tempoh untuk mengeluarkannya;

c) Nama dan alamat penuh permohon.


* Bayaran menfailkan permohonan hendaklah disertakan jika Kaedah Tanah Negeri  menghendakinya.

Enakmen Air 1967

Enakmen Air

1. Definisi

Sungai bermaksud terusan, saliran, aliran air semula jadi yang diwartakan di dalam Enakmen Air 1967.

  

2. Peruntukan Undang-Undang

2.1 Undang-undang Air 1967 memperuntukan seksyen seperti berikut:-

(i)

(ii)

 

(iii)

(iv)

 

(v)

Membina sebarang jambatan, jeti atau pelantar mendarat (selain dari tempat mandi) di atas atau ditebing sebarang sungai yang lebarnya melebihi 20 kaki.

Mengubah aliran sungai dengan cara membina longkang, parit, terusan, air daripada sumber semula jadi dan sebagainya.

Mengalih aliran air sungai bagi tujuan menjana elektrik.

Mengalih aliran air sungai bagi tujuan:

(a)   Persendirian atau keluarga

(b)   Penanaman padi

(c)   Perusahaan dan lain-lain

Mendiri atau membina sebarang dinding atau tembok penahan di sepanjang tebing sungai atau mendirikan sebarang bangunan atau struktur dalam lingkungan 50’ dari tebing sungai atau terusan banjir yang diwartakan.

Sek. 5 (i) (c)

Sek. 7 (i)

 

Sek. 7 (iii)

Sek. 7 (iv) (a)

Sek. 7 (iv) (b)

Sek. 7 (iv) (c)

Sek. 14 (i)

2.2       Bayaran proses mengikut Jadual II (ITEM 17) Peraturan Tanah Negeri 2005 yang dikenakan sebanyak RM300.00 bagi setiap permohonan.

  

3. Isu dan Masalah

1.  a)         Perlu mengemukakan pelan aliran sungai yang asal.

     b)         Takrif “ saliran “ tidak jelas (saliran buatan manusia tidak diiktirafkan).

Mengeluarkan Tanah dari Kawasan Bukit Yang Diwartakan

1. Definisi

Pembangunan tanah bukit adalah tertakluk kepada Sek. 3, Akta Pemuliharaan Tanah, 1960.

2. Peruntukan Undang-Undang

2.1       Mengeluarkan tanah dari kawasan bukit yang diwartakan di bawah Seksyen 3, Akta Pemuliharaan Tanah 1960.

2.2       Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 28.1.1992 telah bersetuju bahawa pengeluran dari kawasan tanah bukit yang diwartakan di bawah Seksyen 3, Akta Pemuliharaan Tanah 1960 ialah sehingga garisan 76.2 meter (250kaki).

2.3       Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 8.10.1997 telah bersetuju menerima pakai Garis Panduan Pembangunan Tanah Bukit  Yang Tertakluk Kepada Akta Pemuliharaan Tanah 1960 bagi kawasan yang ketinggiannya melebehi daripada 76.2 meter (250 kaki) dari aras laut.  Pertimbangan hanya akan diberikan sekiranya cadangan pembangunan adalah selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan seperti berikut:-

a)         Bagi tujuan perumahan, kepadatan (density) hendaklah tidak melebehi 6 unit/ekar (14 unit/hektar) dengan had ketinggian maksima tidak melebehi 2 paras (ketinggian satu paras ialah 4.5 meter/14 kaki dari lantai ke siling).  Tiang dirian (stilt) tidak dikira sebagai paras.

b)         Bagi hotel dan resort, ketinggian maksima hendaklah tidak melebehi 5 paras.

(Pembangunan adalah dihadkan berdasarkan ketinggian ‘paras’ sahaja dan tidak ‘plot ratio’ oleh kerana plot ratio hanya menghadkan keluasan tetapi tidak mengjadkan ketinggian bangunan).

c) Maksima permukaan keras (jalan, pavement, longkang, drivewaydan permukaan-permukaan lain yang ditar / simen) yang dibenarkan ialah 37% daripada keluasan tanah.  Baki 63% daripada keluasan tanah mestilah permukaan lembut (soft surface) untuk membenarkan penyejatan dan penyaliran air.

d)         Penebangan pokok yang minima dan pelan tata atur hendaklah mengikut kontur semula jadi.

3. Ciri-Ciri Utama/Perkara-Perkara Penting

a) Pemajuan ke atas lot-lot tanah yang tertakluk kepada akta ini adalah tidak dibenarkan, walaupun lot-lot tanah yang syarat nyatanya adalah ‘First Grade’ kecuali lot-lot tersebut dikeluarkan daripada warta berkenaan terlebih dahulu.

b) Pengeluaran tanah dari kawasan tanah bukit yang diwartakan boleh dibuat ke atas sebahagian lot.

c) Permohonan hendaklah dibuat oleh pemilik tanah berdaftar atau oleh pihak-pihak lain yang diberi kuasa olehnya.

d) Pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah itu memberi persetujuan ke atas permohonan tersebut.

e) Cukai tanah ke atas tanah berkenaan telah dijelaskan sepenuhnya.

f) Permohonan untuk mengeluarkan tanah dari kawasan tanah bukit yang diwartakan boleh dibuat serentak dengan permohonan tukar syarat tanah di dalam satu permohonan yang sama.

g) Permohonan untuk mengeluarkan tanah dari kawasan tanah bukit yang diwartakan hendaklah disertai dengan pelan kontur tanah dengan jarak garisan adalah 5 meter (16.41 kaki).

    20
    17
    3
    16
    5

c b eperkhidmatan

h g 30