
Permohonan Pendudukan Sementara (TOL)
1. Pendahuluan |
|
1.1 |
Pengeluaran Lesen Pendudukan Sementara adalah salah satu daripada cara-cara kerajaan melupuskan tanah. LPS hanya boleh dikeluarkan ke atas tanah-tanah berikut:- |
a) Tanah Kerajaan |
|
b) Tanah lombong yang tidak lagi digunakan bagi maksud perlombongan |
|
c) Tanah rezab yang tidak digunakan bagi maksud ianya dirizabkan. |
|
1.2 Peruntukan-peruntukan yang berkaitan ialah Seksyen 65 / 69 KTN |
2. Ciri-Ciri Utama/Perkara-Perkara Penting |
|
2.1 |
LPS tidak boleh dikeluarkan ke atas tanah-tanah yang diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara, 1984. |
2.2 |
Satu LPS hanya boleh dikeluarkan kepada satu orang atau agensi/ perbadanan/syarikat dan sebagainya. |
2.3 |
LPS tidak boleh dikeluarkan bagi tujuan mengeluarkan bahan-bahan perhutanan dan bahan-bahan mineral/galian. |
2.4 |
LPS yang dikeluarkan adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut: |
a) Tiap-tiap LPS yang dikeluarkan akan tamat tempoh pada penghujung tiap-tiap tahun. Walau bagaimanapun, lesen boleh ditamatkan lebih awal jika pemegangnya melanggar syarat-syarat LPS yang ditetapkan atau ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri. |
|
b) Ianya hanya boleh digunakan bagi maksud yang dinyatakan dalam LPS sahaja. |
|
c) Ianya tidak boleh digunakan untuk mendirikan bangunan/struktur kekal. |
|
d) Ianya boleh diperbaharui tiap-tiap tahun, tetapi terhad sehingga tiga kali pembaharuan |
|
e) Ianya tidak boleh berpindah milik |