- Permohonan tanah biasa oleh orang perseorangan/swasta, jabatan kerajaan yang kurang dari 10 ekar.
- Permohonan tanah besar-besaran berkelompok .
- Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS).
- Permohonan untuk Sijil Kebenaran Carigali (SKC) dan Pajakan Lombong (SL/PL).
- Permohonan tanah dibawah dasar penswastaan.
- Permohonan rayuan pengurangan premium.
- Permohonan pecah bahagian bangunan dan pendaftaran hakmilik strata.
- Menyiasat dan menyediakan laporan aduan orang ramai.
- Membuat laporan tanah mengenai permohonan permit pengeluaran bahan batuan, permohonan tanah melalui penswastaan dan pengambilan balik tanah.
- Urus setia Jawatankuasa Khas Pengambilan balik tanah .
- Menjalankan penguatkuasaan terhadap pengeluaran bahan batuan tanpa permit.
- Menyediakan pelan tapak cadangan pembangunan.
- Permohonan penyerahan balik dan pemberimilikan semula tanah.
- Permohonan serentak pecah sempadan dan ubah syarat tanah.
- Permohonan ubah syarat , pecah sempadan/bahagian tanah.
- Permohonan penyatuan tanah.
- Memproses permohonan penukaran jenis penggunaan tanah dari pertanian kepada industri.
- Pemberian milik tanah di bawah Akta Tanah.
- Memproses permohonan pecah sempadan/bahagian, pemberisn milik tanah dan penyerahan semula untuk tujuan membangunkan tanah di atas tanah milik.
- Menyelaras, memungut hasil dengan cara yang lebih berkesan.
- Melicinkan perjalanan sistem pembayaran cukai/hasil setempat.
- Menyelaraskan laporan pungutan hasil bulanan.
- Mengumpul maklumat berkaitan hasil tanah bagi tujuan pemantauan .
- Merangka dasar dan perancangan kutipan tahunan hasil tanah.
- Mendaftar hakmilik tanah.
- Mendaftar urusniaga dan bukan urusniaga.
- Menerima suratcara urusniaga dan bukan urusniaga.
- Menyemak dokumen untuk menentukan kelayakan pendaftaran selaras dengan peraturan dan perundangan.
- Membuat catatan memorial pendaftaran ke dalam dokumen hakmilik daftar komputer.
- Menyedia dan mendaftar hakmilik sementara dan hakmilik kekal.
- Menyediakan sijil carian rasmi dan carian persendirian bagi tanah milik.
- Menyemak dan menjilid dokumen hakmilik, suratcara urusniaga dan bukan urusniaga.