
Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke IPTA Sesi Akademik Kedua 2012/2013 Bagi Lepasan SPM/Setaraf Dan Lepasan STPM/Asasi/Matrikulasi/Diploma Dan Sesi Akademik Pertama 2013/2014 Bagi Lepasan SPM/Setaraf
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPTA bagi Sesi Akademik Pertama 2013/2014 peringkat Diploma Lepasan SPM / Setaraf dan Sesi Akademik Kedua 2012/2013 peringkat Diploma dan ljazah Sarjana Muda dibuka mulai 21 Mei 2013 sehingga 1 Julai 2013.
DOKUMEN SOKONGAN
Pemohon Dikehendaki Mengemukakan Dokumen Sokongan Seperti Paparan Di Senarai Semak Kepada Pejabat Daerah Dan Tanah Yang Berkaitan Dalam Tempoh 2 Minggu Dari Tarikh Tutup Permohonan Secara Online Dibuat. Sekiranya Pemohon Membuat Permohonan Online Pada 1 Julai 2013, Dokumen Sokongan Juga Perlu Dikemukakan Pada Hari Yang Sama Iaitu 1 Julai 2013.
SYARAT PERMOHONAN
Pemohon Dikehendaki Mematuhi Syarat-Syarat Permohonan Yang Telah Ditetapkan. Kegagalan Mematuhi Syarat-Syarat Tersebut Akan Menyebabkan Permohonan Tidak Dipertimbangkan
Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan http://ibita.penang.gov.my