Amanat DO

banner do 8

"CEKAP, AKAUNTABILITI & TELUS"

Dengan penghasilan semula Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan ini dilihat sebagai perubahan dan anjakan dari satu kaedah yang lama kepada satu pendekatan yang lebih mesra, interaktif dan sesuai dengan keperluan semasa. Ia juga memperlihatkan kesediaan pentadbiran ini untuk menerima dan melaksana perubahan bagi memberikan maklumat dan perkhidmatan sebaik mungkin kepada rakyat. Semoga maklumat - maklumat yang dipaparkan dapat dimanafaatkan oleh semua yang melayari laman ini. Oleh yang demikian, saya mengalu-alukan anda semua agar melayari laman ini, moga -moga anda akan menimba pengetahuan dan mendapat maklumat yang mungkin menarik dan berguna. Sehubungan itu Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Selatan berusaha membuat penambahbaikan dengan mengambil inisiatif membangunkan semula laman web baru ini, sebagai medium yang boleh membantu menyalurkan maklumat kepada rakyat dan juga sebagai landasan bagi rakyat memberikan maklumbalas dan pertanyaan untuk kebaikan bersama.

Melalui laman web ini juga, jabatan ini akan berusaha memastikan bahawa perkhidmatan IT yang diberikan akan mengandungi maklumat yang tepat dan dikemaskini kepada pelanggan dari masa ke semasa. Akhir kata, terima kasih kerana melayari laman web Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan. Sebarang cadangan atau komen yang membina sangat - sangat dialukan dan diucapkan ribuan terima kasih.

PUAN HAJAH ROHANI BT HASSAN,
PEGAWAI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN JAWI, PULAU PINANG