Perutusan Pegawai Daerah

D.O sps

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat Datang Ke Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan (PDTSPS). Laman Web ini diwujudkan sebagai gerbang maklumat berhubung Pentadbiran Daerah dan Tanah khususnya bagi Daerah Seberang Perai Selatan disamping memudahkan pelbagai pihak termasuk orang awam untuk berinteraksi dan berurusan secara atas talian (online) serta memberikan maklumbalas tertentu kepada Pihak Kerajaan. Kemudahan yang disediakan melalui kemajuan teknologi ICT ini diharap dapat meningkatkan lagi kecekapan penyampaian perkhidmatan serta usaha merakyatkan Pentadbiran Daerah Seberang Perai Selatan. 

Terima Kasih.

Tuan Mohd Ali Bin Haji Sebran
Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan.

Tarikh Kemaskini : 18 Mei 2016