Pentadbiran Negeri

   logo penangpng  

       Sepertimana negeri-negeri lain di Malaysia, Pulau Pinang juga mempunyai pentadbiran kerajaan tersendiri. Pulau Pinang dari segi perlembagaan diketuai oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Agong. T.Y.T Yang di-Pertua Negeri melaksanakan kuasa-kuasa perundangan negeri dengan berpandukan nasihat Majlis Eksekutif yang diketuai oleh Y.A.B. Ketua Menteri. 

      Majlis Eksekutif ini merupakan badan pentadbiran utama yang bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri, yang dilantik melalui pilihanraya setiap lima tahun sekali. Majlis Eksekutif pula dibantu oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan dan Jabatan-Jabatan Negeri serta Persekutuan dalam melaksanakan hal ehwal pentadbiran negeri. 

      Pada peringkat Kerajaan Tempatan pula, negeri ini terbahagi kepada dua kawasan Majlis Perbandaran yang terletak di bahagian pulau dikenali sebagai Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan di bahagian tanah besar dikenali sebagai Majlis Perbandaran Seberang Perai.