Pengangkutan Awam

PENYEDIAAN SEMULA PERKHIDMATAN BAS CENTRAL AREA TRANSIT (CAT) TANPA TAMBANG DI KAWASAN PUSAT BANDAR GEORGE TOWN, PULAU PINANG

Pengenalan

Perkhidmatan Bas Central Area Transit (CAT) telah diwujudkan semula sejak 23 Februari 2009 untuk meningkatkan semula kualiti hidup dan kerja di kawasan bandar serta mengurangkan pencemaran udara, bunyi, pembaziran bahanapi (petrol dan diesel) dan kesesakan lalulintas. Di samping ini perkhidmatan Bas CAT diperlukan untuk menggalak dan meningkatkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam di Pulau Pinang.

Ciri-Ciri Perkhidmatan

Ciri-ciri perkhidmatan Bas CAT yang disediakan oleh MPPP adalah seperti berikut (risalah bas disertakan):-

  1. Tiada bayaran tambang dikenakan.

  2. Laluan bas adalah dari Pengkalan Weld (Feri) ke Komtar sejauh 8 km (pergi balik) dengan 19 perhentian bas yang meliputi kawasan seluas 1 km persegi.

  3. Waktu perkhidmatan adalah dari 6.00 pagi hingga 12.00 malam setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum.

  4. 3 buah bas digunakan untuk menyediakan perkhidmatan ini dan perselangan masa perjalanan adalah 20 minit secara purata.

  5. Bas-bas yang digunakan adalah dari jenis low floor dan panjang bas adalah 10 meter. Semua bas dilengkapi dengan sistem hawa dingin dan tempat duduk disediakan untuk orang kurang upaya.

  6. Kapasiti bas adalah 49 penumpang dengan 29 penumpang duduk dan 20 berdiri.

Tiga buah bas Rapid Penang yang digunakan untuk perkhidmatan CAT telah diberi wajah baru dengan paparan gambar-gambar pada badan bas untuk membezakannya dengan bas-bas lain.

Peta & Laluan Bas "CAT"