POLISI ePARTICIPATION

Pengguna tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara di bawah semasa menjawab Tinjauan dan Soal Selidik yang terdapat dalam Laman Web Rasmi Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Selatan :

1. Memuat naik, mengemel, atau menghantar maklumat yang mengandungi perkara- perkara berikut :-

Menyalahi undang-undang, berbahaya, berbaur ancaman, kesat, menganggu, bersifat mendera, berbaur fitnah, kasar, lucah, melanggar hak peribadi, bersifat benci, perkauman, keagamaan, etnik, atau sebaliknya dalam hal yang tidak menyenangkan, tidak benar, tidak relevan dengan soal selidik atau tinjauan yang disediakan Laman Web Rasmi Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Selatan :

  • Mengandungi mana-mana pengiklanan yang tidak diminta atau tidak dibenarkan dan bahan promosi, komersial atau sebaliknya, termasuk pautan kepada laman web/portal yang mengandungi bahan seperti itu.
  • Mengandungi virus-virus perisian atau mana-mana kod komputer lain, fail atau program yang direka untuk merosakkan, memusnahkan atau mengehadkan fungsi mana-mana perisian komputer, perkakasan, atau kelengkapan telekomunikasi.

2. Mengguna atau mewujudkan satu pengenalan palsu (termasuk menggunakan nama samaran, penyamaran oleh orang atau entiti lain, atau menyatakan sesuatu yang palsu).

3. Mengancam, mengintip atau memalukan mana-mana pengguna lain.

4. Mengehadkan atau menghalang mana-mana pengguna lain daripada menggunakan portal ini;

5. Mengganggu, melumpuh, membeban, menjejas kerja, penampilan portal, server atau jaringan yang disambungkan kepada portal

Notis Hak Cipta

Hakcipta Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan. Produk-produk lain, logo dan syarikat atau organisasi yang tercatat di dalam portal ini adalah kepunyaan syarikat atau organisasi tersebut.

Dasar Privasi & Keselamatan

 

Dasar Privasi 

1. Privasi anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

2. Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

3. Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari. 

4. Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Dasar Keselamatan

1. Perlindungan DataTeknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
2. Keselamatan StoranSemua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

 

Dasar Pembasmian Kemiskinan Tegar Negeri Pulau Pinang ( DPKTPP )

Dasar Pembasmian Kemiskinan Tegar Negeri Pulau Pinang ( DPKTPP )

LATAR BELAKANG 

·         Diwujudkan bagi memastikan Negeri Pulau Pinang sentiasa berada dalam status miskin tegar sifar.

·         Kerajaan Negeri telah mensasarkan tempoh setahun bagi mencapai matlamat murni ini.

·         Definisi iskin tegar yang digunapakai di negeri ini adalah selaras dengan takrifan Unit Perancang      Ekonomo (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) iaitu sesebuah isi rumah adalah dianggap miskin tegar sekiranya pendapatan bulanan isi rumah tersebut kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan.

·         Bagi Negeri Pulau Pinang, PGK yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri ialah sebanyak RM500 dan pendapatan perkapita RM100 sebulan.

DPKTPP MENGGARISKAN BAHAWA

·         Pada setiap masa kemiskinan tegar di negeri ini berada pada tahap sifar.

·         Usaha-usaha membasmi kemiskinan tegar dibuat secara menyeluruh tanpa mengira perbezaan kaum, umur, fahaman politik, agama dan lokasi penempatan/tempat tinggal.

·         Penglibatan bersepadu oleh semua Jabatan Negeri, Badan Berkanun Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam usaha membasm kemiskinan tegar.

·         Pelaksanaan projek-projek Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi penekanan dan fokus kepada usaha membasmi kemiskinan tegar bagi meningkatkjan taraf hidup golongan ini.

·         Keperluan melibatkan penyertaan aktif puhak swata, individu dan badan bukan kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan tegar. Liputan penyertaan pihak swasta sedia ada akan diperluaskan.

PENCAPAIAN SETAKAT INI

·         Kerajaan Negeri pada 30 Mac 2009 lalu, telah mengumumkan pencapaian Pulau Pinang sebagai negeri pertama berstatus miskin tegar sifar di negara ini. Seramai 728 KIR telah diberi bantuan kewangan bagi memastikan mereka keluar dari kelompok miskin tegar.

·         Sehingga kini, jumlah KIR yang masih menerima bantuan seramai 651 orang dan jumlah ini akan berubah-ubah dari masa ke semasa.