Tips

Bengkel Penarafan Portal / Laman Web 5 Bintang Peringkat Negeri Pulau Pinang 2010

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan kerjasama MAMPU dan MDeC telah mengadakan Bengkel Penarafan Portal / Laman Web 5 Bintang bertujuan mempertingkatkan pencapaian portal / laman web jabatan / agensi negeri dalam Malaysia Government Portals / Websites Assessment (MGPWA) pada tahun 2011.

Slaid pembentangan adalah seperti berikut:-

  1. State Analysis oleh Pn. Gayah Gulam Haidar
    2. Criteria & Scoring of MGPWA 2010 oleh Cik Azurah Ibrahim
    2. Technical Knowledge Sharing oleh En. Mohd Husnee Safee
    3. Garis Panduan Laman Web Portal Sektor Awam oleh Cik Mas Ayu Md. Ghazali

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Amalan Terbaik Laman Facebook Sektor Awam

Muat turun amalan terbaik Laman Facebook bagi Sektor Awam.
1. Best Practices
2. Facebook Pages Guide
3. Pages Manual

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perakuan Untuk Ditandatangani Oleh Mereka Yang Bukan Penjawat Awam/Pakar Perunding Berkenaan Dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)

Untuk makluman, pihak Ketiga (Kontraktor/Pembekal) yang berurusan dengan Jabatan/ Agensi tuan/puan perlu menandatangani Borang Perakuan Bagi Bukan Penjawat Awam/ Pakar Perunding Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) sebelum melaksanakan sebarang kerja-kerja. Adalah disyorkan borang ini diedarkan dalam Mesyuarat Kick-Off bersama pihak kontraktor/ pembekal berkenaan untuk ditandatangani. Ini adalah selaras dengan panduan yang digariskan dalam Dasar Keselamatan ICT Negeri.

Klik untuk muat turun borang berkenaan.

Sumber : Pejabat Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Pulau Pinang.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Emel 'Phishing'/ 'Spoofing'

Hasil pemerhatian dan analisa, didapati teknik serangan popular masa kini adalah emel phishing dan emel spoofing (penyamaran). Teknik ini merupakan teknik untuk mengumpan pengguna-pengguna emel membuka malicious fail yang dikepilkan atau klik link laman yang disertakan bagi membolehkan penyerang memasukkan perisian backdoor tanpa disedari oleh pengguna. Kesan serangan ini adalah seperti berikut :

i. PC pengguna boleh ditawan/ disalahgunakan.

ii. Kecurian/ kebocoran maklumat.

Berikut merupakan tanda emel yang berunsurkan teknik tersebut :

i. Nama dan emel address penghantar meragukan. Contoh : Nama penerima "penang.gov.my". Untuk makluman, penang.gov.my bukan satu support team daripada PTMKN dan tidak wujud.

ii. Jika kita ingin reply emel berkenaan dan dapati di ruangan "To:" secara automatik diletakkan alamat emel pengguna itu sendiri.

iii. Nama penghantar lain tapi alamat emel penghantar adalah diri sendiri.

iv. Emel yang diterima dari bank. Seperti kit sedia maklum bahawa bak tidak akan menghantar emel untuk pengesahan maklumat/ akaun melalui emel.

Klik untuk muat turun contoh-contoh emel phishing. Sebarang keraguan berkaitan emel yang diterima boleh terus laporkan kepada pegawai ICTSO Jabatan atau mendapatkan khidmat nasihat daripada Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri. Adalah dinasihatkan agar berhati-hati dalam membuka atau membaca emel yang meragukan sumber atau pengirimnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sun ODF Plugin

  • The Sun ODF Plugin for Microsoft Office gives users of Microsoft Office Word, Excel and PowerPoint the ability to read, edit and save to the ISO-standard Open Document Format (ODF).
  • The plugin works with Microsoft Office 2007 (Service Pack 1 or higher), Microsoft Office 2003, XP and Microsoft Office 2000.
  • The plugin is based on StarOffice technology and is easy to setup and use, the conversion happens transparently and the additional memory footprint is minimal.
  • Click here to download The Sun ODF Plugin.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------