W3C

Akses Orang Kurang Upaya (OKU)

Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access. Kemudahan ini diharap dapat membantu mereka dalam melayari laman web ini dengan lebih mudah, cepat dan berkesan. Disamping itu, kemudahan ini disediakan bagi memenuhi matlamat  W3C Web Accessibility Initiative (WAI) dan Web Content Accessibility Guidelines (WCAG) 2.0 supaya menjadikan laman web mesra pengguna terhadap keperluan OKU.

Antara kemudahan yang disediakan dalam Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan :

1. Pengguna Cacat Penglihatan

Bagi pengguna yang cacat penglihatan, terdapat pembaca teks (text reader) di dalam portal ini. Kemudahan pembaca text (text reader) menjana suara secara automatik sebagai alternatif kepada pengguna cacat penglihatan dimana mereka boleh mendengar dengan jelas isi kandungan yang ingin disampaikan. Terdapat 2 cara yang boleh digunakan :

(a) Pautan kepada pembaca teks :

  • Semasa melayari laman ini, anda akan menemui ikon ""  pada bahagian bawah kandungan/artikel tersebut.
  • Klik padanya dan satu tetingkap baru akan muncul. Sila tunggu sebentar sementara laman tersebut sedang di'load'.
  • Anda boleh mendengar suara pembaca teks sejurus selepas ianya selesai dijana.
  • Sila ambil perhatian bahawa ini ialah sebuah aplikasi luaran dan dihos pada pelayan luaran serta merupakan perkhidmatan yang disediakan secara percuma. Masa menunggu akan menjadi lebih lama sekiranya teks yang hendak diproses lebih panjang. Sila ambil perhatian juga, bahawa sebutan yang terhasil tidaklah sesempurna ucapan manusia dan buat masa ini ia hanya menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul.

atau

(b) IE Page Reader :

  • Dapatkan IE Page Reader.
  • Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini
  • Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine . Speech Engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.
  • Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, klik di sini.

2. Pengguna Warga Tua
Pengubah saiz teks "  "- Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan juga menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan iaitu di sebelah fungsi "Carian". Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.

Waktu Solat Mei

BAGI BULAN MEI 2013 BERSAMAAN 20 JAMADILAKHIR 1413 SEHINGGA 21 REJAB 1413

waktu solat mei

Hari Tanpa Beg Plastik

Hari Tanpa Beg Plastik

LATAR BELAKANG

  • Kempen ini dilancarkan pada 6 julai 2009 sebagai salah satu usaha untuk mentransformasikan Pulau Pinang sebagai Negeri Hijau disamping meningkatkan kesedaran penduduk negeri ini berhubung kepentingasn menjaga alam sekitar.

PELAKSANAAN

  • Program ini diadakan pada setiap hari Isnin bermula 6 Julai 2009. Pelanggan digalakkan membawa beg mereka sendiri pada hari Isnin. Pelanggan yang memerlukan beg plastik akan dikenakan caj sebanyak RM0.20 yang akan disalurkan kepada ' Rakan Anti Kemiskinan'.
  • Pada peringkat awal, sehingga 30 september 2009, sebanyak 580,000 telah dikurangkan melalui pasaraya yang terlibat. RM8,783 juga berjaya dikutip hasil daripada penjualan beg plastik pada hari-hari tersebut.
  • Terkini, melalui data yang dikumpul daripada 45 supermarket, hypermarket dan kedai, dianggarkan rakyat negeri ini telah berjaya mengurangkan lebih 1 juta penggunaan beg plastik dalam tempoh masa 4 bulan. Ini menunjukkan bahawa program ini telah berjaya meningkatkan kesedaran betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh rakyat dalam memelihara alam sekitar.
  • Setelah membuat pertimbangan Kerajaan Negeri memutuskan untuk menambahkan lagi Hari Tanpa Beg Plastik kepada 3 hari dalam seminggu mulai 1 Jan 2010 iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu. Permintaan untuk beg plastik tetap dikenakan caj sebanyak RM0.20 setiap satu.
  • Bagi memenuhi hasrat tersebut, bermula Januari tahun depan, kesemua supermarket, hypermarket dan minimarket dikenakan syarat tambahan supaya memenuhi Hari Tanpa Beg Plastik untuk memperbaharui lesen perniagaan mereka. Semua kedai runcit juga dikehendaki terlibat dalam program ini tetapi hanya untuk satu hari dalam seminggu iaitu pada hari Isnin.