Pembelajaran Secara Online e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Y.B Dato'/Y.Bhg. Datin/Tuan/Puan

PEMBELAJARAN SECARA ONLINE MELALUI SISTEM E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA)

Dengan segala hormatnya saya diarah untuk menarik perhatian Y.B Dato'/Y.Bhg.Datin/Tuan/Puan mengenai perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa INTAN telah membangunkan sistem EPembelajaran Sektor Awam (EPSA) bertujuan untuk meluaskan capaian latihan melalui pembelajaran atas talian (online learning). Pada masa ini terdapat 74 kursus yang bermutu yang boleh diikuti melalui sistem EPSA oleh penjawat awam tanpa batasan masa dan sempadan

secara percuma . Senarai kursus yang ditawarkan melalui sistem ini adalah seperti di Lampiran.

3. Untuk makluman Y.B Dato'/Y.Bhg. Datin/Tuan/Puan kursus yang diikuti melaluiEPSA boleh diambil kira bagi memenuhi keperluan mengikuti tujuh (7) hari berkursus yang telah ditetapkan ke atas semua penjawat awam. Bagi yang berminat bolehlah melayari Portal INTAN di

www.intanbk.intan.my dan klik pada logo EPSA.

Sekiranya Y.B Dato'/Y.Bhg. Datin/Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai EPSA, bolehlah menghubungi Program E-Pembelajaran, INTAN melalui emel:

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. atau HelpDesk EPSA di talian 03-20847746.

4. Kerjasama dan perhatian Y.B Dato'/Y.Bhg. Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

"CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

.......................................................

(MOHD SAIFUL BIN HARUN)
Penolong Pegawai Tadbir
Unit Latihan dan Kompetensi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

b.p: Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
04 - 6505168

    20
    17
    3
    16
    5

c b eperkhidmatan

h g 30